TAMAN BURUNG WP LABUAN
Taman Burung Labuan terletak di Tanjung Kubong dan berhampiran dengan sebuah lagi tempat bersejarah di Labuan iaitu Chimney.Bagi pencinta dan peminat burung di Taman ini mereka boleh melihat dan memerhati pelbagai jenis burung yang boleh didapati di borneo.
Taman Burung Labuan ini juga terdapat kemudahan taman permainan kanak-kanak, jadi bagi pengunjung yang datang bersama keluarga bolehlah bersantai seketika sementara menanti anak-anak bermain.
Setiap pengunjung yang ingin melawat ke taman ini akan dikenakan yuran masuk seperti berikut :
Pelawat Warganegara Malaysia -Dewasa -RM 3.00
-pelajar/warga emas -RM 2.00
-Kanak-kanak 6 tahun ke bawah adalah percuma
Pelancong luar negara – RM 5.00
Untuk melawat ke Taman Burung ini pengunjung bolehlah medapatkan perkhidmatan Teksi atau bas mini zon 6 dari pusat bandar.